AUG: Skuad wusyu pastikan emas sulung buat Malaysia 

Oleh Staff Writer 10 Disember 2018 129
AUG: Skuad wusyu pastikan emas sulung buat Malaysia 
Kontinjen negara meraih satu pingat emas pada hari pertama Sukan Universiti ASEAN (AUG) Ke-19 menerusi sukan wusyu di Nay Pyi Daw, Myanmar, sebentar tadi. 

Setelah Malaysia kempunan untuk meraih emas semalam dengan sekadar meraih tiga perak dan satu gangsa, Malaysia akhirnya memenangi emas sulung dalam kempen AUG 2018 menerusi atlet lelaki, Khaw Jun Lim, dalam acara gunshu apabila mencatat 9.61 mata yang juga merupakan sasaran yang ditetapkan. 

"Saya sangat gembira kerana ini adalah emas pertama dalam AUG. Saya juga mewakili Malaysia beberapa kali tetapi ini emas pertama saya," kata Jun Lim.

Malaysia hampir memenangi emas kedua menerusi taijiquan apabila Chan Lu Yi selesa mendahului pencabarnya yang lain dengan 9.54 mata, namun kebangkitan lewat peserta tuan rumah dengan rutin yang begitu cemerlang menjulangnya sebagai juara dengan 9.60 mata.

Untuk itu, Lu Yi terpaksa berpuas hati mengakhiri saingan berkenaan di tempat kedua. 

"Dalam pertandingan, memang begini. Saya berpuas hati kerana telah melakukan yang terbaik," ujar Lu Yi.

Malaysia mengharapkan seorang lagi wakil negara, Loh Choon How, untuk menambah emas. Namun, dia gagal mempamerkan rutin yang cemerlang ekoran kecederaan kaki untuk meraih tangga keempat dengan 9.48 mata. 

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen