Daniil Medvedev bangkit daripada ketinggalan satu set untuk mengatasi Dominic Thiem dan menjadi juara ATP Akhir di O2 Arena, London.

Medvedev meraih kejayaan terbesar dalam kariernya selepas menang 4-6, 7-6 (7-2), 6-4 dalam aksi final terakhir di London sebelum kejohanan itu dibawa ke Turin tahun depan.

Medvedev yang menampilkan aksi cemerlang selepas bangkit daripada ketinggalan menjadi wakil Russia pertama untuk menjuarai ATP Akhir, menjadi pemain pertama untuk mengatasi pemain dalam kalangan tiga terbaik untuk bergelar juara.

Pemain nombor empat dunia itu memuji Thiem, yang menjuarai Terbuka AS musim ini, selepas tamat perlawanan.

"Pertama sekali, perlawanan yang menakjubkan. Mungkin salah satu kemenangan terbaik saya," katanya.

"Selepas dua jam 42 minit, tiga set berdepan lawan yang berkualiti, saya ingin mengucapkan tahniah kepada apa yang telah dicapai Dominic sepanjang kariernya. Saya berasakan nama anda sudah berada dalam sejarah sukan tenis."