Atlet silat negara berdepan saingan hebat di Bali

Oleh Staff Writer 5 Disember 2016 5
Atlet silat negara berdepan saingan hebat di Bali

Ketua jurulatih silat negara, Nasri Nasir, memberi gambaran anak buahnya bakal berdepan saingan lebih mencabar pada hari kedua Kejohanan Pencak Silat Dunia di Bali, Indonesia yang berlangsung hari ini.

Lapan pesilat negara yang memulakan acara masing-masing pada hari pertama semalam, dilihat mengharungi pertarungan sengit apabila hanya empat  pesilat berjaya mara ke pusingan seterusnya.

Nasri tidak menafikan cabaran  lebih hebat sedang menanti anak buahnya ekoran pasukan tuan rumah, Indonesia, tampak lebih agresif.

"Apa yang dapat saya simpulkan daripada aspek persiapan, saya melihat Indonesia akan menjadi pencabar utama kerana mereka turun selaku pasukan tuan rumah.

"Selain mereka, saya melihat Vietnam dan Thailand juga mampu menjadi pencabar. Jadi, saya menantikan persaingan sengit dalam kejohanan ini," ujar Nasri.

Hari ini adalah hari yang dinantikan di mana dua pesilat yang diletakkan sasaran pingat emas bakal bersaing dalam penentuan ke pusingan seterusnya

Mohd Al Jufreri Jamari bakal berdepan wakil Algeria manakala Siti Rahmah Mohd Nasir akan berdepan wakil Singapura.

"Saya berharap atlet kita dapat memberikan aksi yang terbaik berdasarkan persiapan rapi yang telah mereka jalani sebelum ini," tambahnya.

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen