Atlet muay thai Sarawak berguru di Thailand

Oleh Rudi Affendi Khalik 29 Disember 2017 92
Atlet muay thai Sarawak berguru di Thailand
Dengan sasaran merebut emas dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Perak, enam atlet muay thai Sarawak berguru di Thailand untuk mendapatkan teknik yang lebih kemas dan mantap.

Koordinator muay thai Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Alexander Sirai Isau, berkata perjalanan ke Thailand itu dibiayai sepenuhnya oleh pihaknya kerana percaya ia mampu membuahkan hasil positif.

"Kami berharap mereka kekal fokus dan berdisiplin sepanjang latihan intensif itu," katanya.

Atlet remaja terlibat ialah Pratasarthee Punniyamoorthy, Kabilan Jelevan, Ayu Addyqa Azmi, Awangku Abdul Rahman Awang Marajaya, Maurien Hii Sie Lin dan Ranti Niza Jina.

Presiden Persatuan Muay Thai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim, berkata beliau optimis usaha itu akan menghasilkan keputusan positif.

"Kami menyasarkan emas dalam temasya sukan itu dan berdasarkan prestasi semasa atlet-atlet ini, kami yakin usaha itu akan tercapai.

"Sekembalinya dari sana, mereka akan terus menjalani latihan pusat yang berterusan hingga ke temasya itu," ujarnya.

Tambah Jumaat, pihaknya berterima kasih kepada MSNS kerana memberi komitmen dan sokongan.

Kali terakhir sukan muay thai dipertandingkan di peringkat Sukma adalah pada 2013 di Kuala Lumpur.

Tentang Penulis

Rudi Affendi Khalik

Komen