Majlis Sukan Negara (MSN) terbuka untuk perbincangan mengenai hasrat bekas penerjun kebangsaan, Ahmad Amsyar Azman, untuk kembali daripada persaraan menjelang mesyuarat jawatankuasa kerja bersama persatuan sukan kebangsaan bermula 17 Februari ini.

Begitupun, Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) dan MSN perlu berbincang mengenai hasrat Amsyar kembali daripada persaraan.

Penerjun berusia 28 tahun itu sedia menyertai sesi pemilihan bulan depan bagi memilih penerjun yang akan menyertai Piala Dunia di Jepun selaku kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Namun, perkara itu perlu dibincangkan dahulu 17 Februari ini.

Sementara itu, ASUM mengesahkan penerjun wanita, Jasmine Lai, mengambil keputusan untuk meninggalkan skuad negara selepas berpuas hati dengan kejayaan membantu Malaysia meraih empat pingat emas dalam Sukan SEA Filipina.

"Selepas ini, dia (Jasmine) mahu memberi tumpuan kepada pengajiannya di universiti yang akan memasuki peringkat akhir.

"Perkara ini sebenarnya telah pun dibincangkan di antara dan persatuan.

"Malah, dia juga mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan," kata Setiausaha Agung ASUM, Mae Chen, di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil hari ini.


Editor: Shaiful Shamsudin