Aspek kecergasan jadi agenda Syafiq

Oleh Penulis Jemputan 14 Disember 2018 50
Aspek kecergasan jadi agenda Syafiq
Pemain skuasy lelaki negara, Mohd Syafiq Kamal, belum berputus asa untuk terus memperbaiki ranking dunia tahun depan selepas gagal melaksanakan misi menamatkan musim 2018 dalam kelompok 70 terbaik dunia. 

Ranking dunia Syafiq terus merudum sejak Ogos lalu apabila kini tergelincir ke tangga ke-87 dunia. 

Terbaru, dia sekadar menamatkan saingan dalam Kejohanan Terbuka Pakistan seawal pusingan pertama, penghujung bulan lalu. 

Meskipun gagal melunaskan misi untuk berada dalam kelompok 70 terbaik dunia tahun ini, pemain berusia 22 tahun itu perlu segera bangkit untuk mara lebih jauh dalam saingan Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA), tahun depan, bagi memastikan sasaran itu dapat dicapai dalam tempoh enam bulan pertama. 

"Saya tidak mencapai sasaran yang ditetapkan untuk penghujung tahun ini.

"Kerjasama di antara saya jurulatih memberi petanda positif untuk saya harungi kempen tahun depan.

"Ini kerana saya tidak memungut banyak mata tahun ini berbanding tahun lalu," katanya. 

Pemenang pingat emas Sukan Asia 2018 bagi acara berpasukan itu menganggap tahap kecergasan merupakan elemen utama ketika ini memandangkan ia adalah kelemahan ketaranya dalam gelanggang yang menjadi bonus buat pencabarnya, khususnya dari Mesir dan India. 

"Saya perlu fokus untuk meningkatkan aspek kecergasan seandainya ingin bersaing di peringkat tinggi.

"Saya perlu meningkatkan tahap keamatan saya kerana itulah yang dimiliki pemain utama dunia," tambahnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen