Argentina membuktikan status selaku gergasi baru sukan futsal apabila muncul juara Piala Dunia buat kali pertama selepas menundukkan Russia dengan keputusan 5-4.

Ini merupakan buat kali pertamu buat kedua-dua pasukan memburu mahkota sulung Piala Dunia.

Perlawanan sengit dipamer kedua-dua pasukan sepanjang babak pertama dan dua gol terjaring buat kedua-dua pasukan pada minit-16.

Eder Lima membuka tirai jaringan buat Russia namun ianya hanya bertahan untuk beberapa saat sebelum Argentina memberikan reaksi melawan menerusi jaringan Alamiro Vaporaki.

Argentina kemudiannya di depan menerusi Leandro Cuzzolino sebelum tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, Lima sekali lagi menemui jaring lawan untuk mengikat kedudukan 2-2 pada minit ke-22.

Jaringan tersebut bagaimanapun gagal menyekat dominasi Argentina yang kembali di depan menerusi dua jaringan pantas Alan Brandi pada minit ke-23.

Sebelum Vaporaki melengkapkan gol kelima Argentina pada minit-39.

Kebangkitan cuba dilakar Russia menerusi jaringan Dmitry lyskov dan Eder Lima.

Namun itu belum cukup untuk menafikan kejayaan Argentina menjulang kejuaraan Piala Dunia dengan kemenangan 5-4.

Dalam penentuan tempat ketiga/keempat, perlawanan yang berlanjutan sehingga ke penentuan sepakan penalti ini menyaksikan Iran unggul menundukkan Portugal 4-3.