Anis sahut cabaran

Oleh Ammar Hakim 8 April 2020 17
Anis sahut cabaran
Pelumba berbasikal trek negara, Anis Amira Rosidi, menyahut cabaran untuk membuktikan dalam tempoh dua tahun untuk menjadi pengganti Fatehah Mustapa yang mengumumkan persaraan pada usia 33 tahun.

Anis satu-satunya pelumba elit trek wanita yang berpangkalan di Melbourne, Australia.

Pelumba berusia 22 tahun itu menjadi harapan terbaik menggantikan Fatehah selepas meraih gangsa pecut berpasukan Kejohanan Trek Asia 2019 selain emas acara sama Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Pencapaian pelumba kelahiran Kangar, Perlis itu masih jauh dibandingkan dengan Fatehah namun setakat ini, cuma dia berpotensi menggantikan bekas ratu trek negara.

"Saya ingin mengucapkan semoga maju jaya buat Fatehah. Dia telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya untuk bersaing dalam acara pecut," kata Anis.

"Pengalaman yang diraih ini amat saya hargai dan akan menurunkannya kepada pelumba lain selepas ini."

Sebelum ini, Malaysia turut seorang lagi pelumba berbasikal trek wanita negara, iaitu Farina Shawati Adnan.

Namun prestasi pelumba muda tersebut merosot sejak meninggalkan kem latihan di Melbourne hingga digugurkan daripada Program Podium.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen