Penembak negara, Shaheera Rahim Raja, mengambil keputusan bersara, hampir empat bulan selepas digugurkan daripada skuad kebangsaan sebaliknya bekas juara kebangsaan 10 meter air rifle itu menjelaskan mahu lebih fokus kepada keluarga.

Keputusan yang diambil Shaheera untuk bersara mengejutkan semua pihak -- dipercayai terdapat isu dalaman yang menjadi faktor keputusan yang diambil -- serta gagal mencapai indeks petunjuk prestasi (KPI) iaitu memburu pingat dalam Sukan Komanwel, Asia dan Sukan SEA Filipina.

"Saya berasakan sudah cukup untuk mewakili negara, umur saya juga sudah meningkat naik. Terdapat beberapa masalah dalaman persatuan. Badan induk itu juga mahu mengetengahkan penembak muda jadi mungkin ia adalah petanda bagi saya untuk bersara," kata Shaheera.

Jonathan Wong, Bibiana Ng, dan Muhammad Luthfi Othman antara penembak senior yang berstatus separuh masa, mereka kini berpeluang untuk mendapatkan status sepenuh masa masih lagi dibuka.

"Program ini sehingga 2021. Sekiranya terdapat Sirkit Kebangsaan, kami akan sentiasa meneliti dan memantau prestasi penembak yang boleh diserap ke dalam skuad kebangsaan. Buat masa ini, tiada perancangan yang dapat dijalankan ekoran Covid-19," kata Ahli Majlis Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM), Datuk Musa Omar.