AJNA: Farah Ann gembira tercalon 

Oleh Staff Writer 25 Januari 2020 147
 AJNA: Farah Ann gembira tercalon 
Sepuluh pencalonan bagi Anugerah Jagoan Nadi Arena (AJNA) tetapi kenapa gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi, patut menjadi pilihan anda? Adakah disebabkan pencapaian, wajah cantik atau aspirasinya selaku ratu gimnastik?

Siapa yang tidak kenal dengan ratu gimnastik negara ini?

Atlet berumur 26 tahun itu mendukung skuad gimnastik negara dengan meraih tiga pingat emas dalam Sukan SEA Filipina 2019 menerusi acara palang bertingkat, all-around dan acara kegemarannya, iaitu senaman lantai.

"Saya sangat gembira dengan kemenangan ini setelah gagal dalam temasya di Singapura dan Kuala Lumpur. 

"Oleh itu, saya sangat gembira kerana memenangi emas  kali ini.

"Saya bersyukur dan tujukan kemenangan ini buat semua pihak yang sentiasa menyokong saya," katanya ketika meraikan kemenangan itu di Manila.

Selain itu, atlet kelahiran Selangor itu juga dinobatkan penerima Anugerah Olimpian Wanita 2019 berikutan menamatkan penantian 20 tahun untuk melihat gimnas negara di pentas Sukan Olimpik.

"Saya sangat berterima kasih atas pencalonan (AJNA) ini.

"Kepada seluruh rakyat Malaysia, silalah undi atlet pilihan anda," katanya lagi. 

Pencapaian membanggakan sepanjang 2019 melayakkannya tersenarai dalam kelompok 10 atlet terbaik pencalonan AJNA.

Namun, persoalannya, adakah Farah Ann pilihan anda?




Editor: Shaiful Shamsudin
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen