Afifah mahu guna kesempatan rehat selepas Sukan Asia

Oleh Staff Writer 26 November 2018 129
Afifah mahu guna kesempatan rehat selepas Sukan Asia
Atlet boling tenpin wanita negara, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, mahu memecah dominasi lelaki dalam Kejohanan Masters 2018 selepas kali terakhir meraih podium ketika edisi 2014. 

Ketika skuad lelaki sedang berdepan Kejohanan Boling Tenpin Dunia di Hong Kong, Afifah merupakan antara atlet yang akan beraksi dalam saingan Masters. 

Sebelum ini, dia tidak beraksi ekoran terpaksa menyertai Kejohanan Dunia di Las Vegas, Amerika Syarikat.

"Selepas Sukan Asia, saya berdepan kejohanan di Sweden tetapi mengambil keputusan untuk tidak menyertainya kerana mahu berehat. 

"Persediaan lebih untuk Masters kerana tahun lalu saya tidak menyertainya disebabkan Kejohanan Dunia. Jadi, tahun ini sejak Oktober lalu, saya telah mempersiapkan diri. Memang saya harapkan dapat melakukan yang terbaik serta mengatasi pencapaian dua tahun lalu, iaitu berada dalam kelompok 30 terbaik.

"Ia kejohanan campuran lelaki dan wanita, jadi ia tidak mudah. Untuk melayakkan diri agak mencabar tetapi saya akan memberikan fokus di peringkat awal terlebih dahulu," kata Afifah.

Kejohanan Masters akan bermula esok sehingga 9 Disember ini.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen