Adli cabar gelaran WBC

Oleh Ammar Hakim 8 Ogos 2020 254
Adli cabar gelaran WBC
Penantian menjalani kejohanan sulung musim 2020 akhirnya terjawab selepas peninju profesional negara, Adli Hafidz Mohd Pauzi, mengambil langkah berani mencabar tali pinggang WBC Asia kategori super middleweight hujung tahun ini. 

Adli begitu sinonim dengan Singapura, mana tidaknya peninju kelahiran Johor itu banyak menimba pengalaman di negara Seberang Tambak itu untuk mendapatkan seteru terbaik. 

Di atas kertas, Singapura menjadi venue keramat saingan WBC Asia Continental, namun dia perlu bersiap-siaga dengan kemungkinan penukaran venue saat akhir tatkala pintu sempadan negara Singapura masih ditutup ekoran penularan wabak Covid-19. 

Adli akan menjlani pertembungan bersama lawan dari Thailand, Chaleormporn Siwatsuk, demi memburu kejuaraan kategori super middleweight sebelum memasang impian mempertahankan gelaran elit itu untuk berada di ranking terbaik.

"Jurulatih telah menasihatkan saya untuk membuat persiapan untuk sebarang situasi sama ada bertanding di sini ataupun telah pergi ke Singapura.

"Jika saya dapat bertanding di Singapura, ia boleh menjadi kelebihan buat saya kerana dapat bersama pasukan dan jurulatih," kata Adli.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen