Adam Norrodin tarik nafas lega

Oleh Ammar Hakim 2 November 2020 311
Adam Norrodin tarik nafas lega
Pelumba Moto2 negara dalam saingan Kejuaraan CEV Repsol, Adam Norrodin, mampu menarik nafas lega kerana berjaya menamatkan saingan keseluruhan di tangga ketujuh musim ini walaupun tidak mencapai sasaran lima terbaik.

"Saya telah bermula dengan baik dalam perlumbaan sebelum ini. Agak bergelut selepas 10 pusingan namun telah melakukan yang terbaik," kata Adam.

Pencapaian tersebut boleh dilihat sangat positif apabila musim lalu Adam hanya menamatkan perlumbaan di tangga ke-15 dengan 35 mata.

Pelumba pelapis pasukan Sepang Racing Team (SRT) yang menyertai pasukan LIQUI MOLY Intact SIC Junior Team itu mengumpul 79 mata daripada lapan pusingan dalam kalendar musim ini yang turut terganggu pandemik Covid-19.

"Ini merupakan pengalaman yang baik bagi saya kerana lebih memahami keperluan jentera bagi menghadapi perlumbaan," katanya lagi.

Selain Adam, turut beraksi di kejuaraan CEV musim ini adalah Syarifuddin Azman yang menyertai kejuaraan Moto3 remaja dunia menghuni tangga ke-19 keseluruhan, manakala Muhammad Sharul Ezwan Sharil, wakil negara saingan Piala Bakat Eropah tidak mengumpul sebarang mata pada tahun pertamanya beraksi di ETC.
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen