100plus meterai tajaan bersama KLSC

Oleh Penulis Jemputan 12 Disember 2017 80
100plus meterai tajaan bersama KLSC
100plus meneruskan komitmen mereka dalam membantu meningkatkan perkembangan sukan menerusi tajaan selama lima tahun kepada Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC).

Minuman Isotonik 100plus dan arena sukan tempatan tidak asing lagi menerusi beberapa tajaan dan juga penganjuran kejohanan tempatan mahupun antarabangsa.

Kali ini, mereka menambah satu lagi pencapaian apabila menaja KLSC selama lima tahun dengan nilai RM5.5 juta dalam bentuk tunai di samping barangan dan perkhidmatan yang berjumlah RM500,000 bermula 1 Januari 2018.

Selain itu, 100plus juga akan menyediakan laluan berbasikal sejauh 1.4 kilometer di sekitar Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Majlis menandatangani perjanjian dismpurnakan hari ini dengan 100plus diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Fraser & Neave Holdings Berhad, Lim Yew Hoe, manakala Ketua Pegawai  Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Azman Fahmi Osman, mewakili KLSC.

Turut hadir menyaksikan detik bersejarah itu adalah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Jelas Khairy, tajaan seperti ini dapat membantu KLSC untuk terus memupuk masyarakat untuk bersukan di samping mengurangkan kebergantungan KLSC terhadap dana kerajaan.

"Ini adalah langkah untuk mengurangkan kepergantungan PSM kepada badan kerajaan. Saya berharap lebih banyak lagi perjanjian komersial dapat dimeterai oleh PSM dengan syarikat-syarikat swasta," kata Khairy.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen