Yuslie rindu melibas di gelanggang

Oleh Farizal Yusoff 12 April 2020 366
Yuslie rindu melibas di gelanggang
Kapten Kelantan Warriors, Nur Yuslie Md Jusoh, akur dengan keputusan kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 24 April ini biarpun dihimpit perasaan rindu untuk melibas dalam gelanggang sepak takraw.

"Alhamdulillah, keputusan yang terbaik daripada kerajaan untuk terus mengekang penularan wabak Covid-19.

"Sebagai rakyat Malaysia yang patuh kepada undang-undang, kita wajib akur dengan mematuhi segala larangan yang dikeluarkan sambil berdoa wabak ini dapat dihapuskan.

"Sepatutnya, bulan ini (April) kami terlibat dengan kejohanan GP Kebanggsaan di Kuala Lumpur tetapi telah ditangguhkan oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM)," ulasnya.

Yuslie y,ang juga bekas pemain kebangsaan, sibuk menjalani latihan secara bersendirian bagi memastikan prestasi permainannya tidak terjejas.

"Saya akan meluangkan masa hampir sejam setiap hari untuk memantapkan kemahiran dan meningkatkan prestasi permainan.

"Perbincangan bersama jurulatih dalam media sosial juga perlu untuk memperbaiki segala kekurangan yang ada," ulasnya.

Tentang Penulis

Farizal Yusoff

Komen