Veteran sepak takraw Perak masih berbisa

Oleh Ammar Hakim 16 Oktober 2016 125
Veteran sepak takraw Perak masih berbisa

Perak menjuarai kejohanan sulung Kejohanan Sepaktakraw Jemputan Legenda Malaysia 2016 setelah menewaskan tuan rumah 2-1 dalam acara berpasukan di Alor Setar, semalam.
 

Pengurus pasukan, Mohd Harry Herman Mokhtar, berbangga dengan pencapaian Perak kerana kejohanan sulung ini disertai pemain-pemain hebat era 90-an.

Ketika dihubungi, Harry berkata, "Kami semua teruja.  Bermain bersama-sama rakan-rakan seperjuangan di sini mengimbau kembali kecintaan kami terhadap sukan sepak takraw ini."

Jurulatih, Abdul Rahman Zakariah, tidak menafikan kejayaan merangkul juara kerana Perak dibarisi pemain-pemain hebat.

"Saya harap generasi sekarang menjadikan 'otai' sepak takraw ini sebagai bahan rujukan terbaik. Mereka ini banyak pengalaman yang boleh dikongsikan" ujarnya.

Kejohanan anjuran Persatuan Sepaktakraw Legenda Kedah ini disertai Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen