STL: Tigris atasi saingan sengit Bison

Oleh Muzaffar Musa 20 September 2020 1758
STL: Tigris atasi saingan sengit Bison
Pertembungan di antara dua juara musim lalu menyaksikan Johor Tigris mengatasi saingan sengit Perak Bison dalam perlawanan Divisyen Perdana, Liga Sepak Takraw (STL) di Stadium Titiwangsa sebentar tadi.

Juara liga musim lalu, Bison, pada awalnya kelihatan lebih bersedia dalam perlawanan itu tetapi kebangkitan yang direncanakan juara Piala Juara-Juara STL, Tigris, menyaksikan pasukan daripada selatan tanah air itu memenangi set pertama 21-15.

Bison, yang dibarisi Firdaus Hamid (tekong), Amirul Ramadhan Fazillah (perejam) dan Asyraaf Abdul Hadi (pengumpan), bagaimanapun, bangkit untuk mengatasi Tigris 22-20 dalam set kedua.

Seakan-akan kembali menemui rentak, gandingan Faisal Fuad (tekong), Noraizat Nordin(perejam) dan Muqlis Borhan (pengumpan) kembali menemui rentak dalam set penentuan untuk Tigris mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut juga dengan 21-15.



Keputusan lain:
Kelantan Warriors 2 Negeri Sembilan Antlers 0
Kuala Lumpur Thunder 2 ATM Guardians 0
Penang Black Panthers 1 Pahang Mammoth 2

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen