Hasrat ATM Guardians untuk mengukuhkan kedudukan di tangga kedua Liga Sepak Takraw (STL) 2020 tersentak apabila tewas mengejut kepada Selangor Pistons di Stadium Titiwangsa, hari ini.

ATM, yang dibarisi Hairul Hazizi, Muhaimi Che Bongsu dan Norfaizzul Razak, turun ke berdepan gandingan Farhan Adam, Haziq Hairul dan Amirul Syafiq.

ATM cukup garang dalam awal permainan apabila mengutip mata demi mata hingga jauh meninggalkan lawan 16-8.

Selangor tidak mudah patah semangat apabila merapatkan jurang kepada 18-13 untuk menafikan kemenangan pantas ATM.

ATM, yang pada satu ketika mendahului sembilan mata semakin goyah, dengan kebangkitan Selangor tapi situasi itu tidak bertahan lama apabila ATM menang 21-15.

Set kedua tampil berbeza apabila Selangor memberi saingan sengit untuk menghalang ATM daripada membuka jurang besar.

Pertarungan yang semakin mendebarkan itu yang memperlihatkan semangat juang Selangor untuk menang 23-21.

Divisyen Satu STL 2019 itu meneruskan dominasi itu dari awal set ketiga lagi dan secara tidak langsung membuatkan ATM sedikit tertekan.

Selepas beberapa aksi menarik di penghujung permainan, Selangor mengelak permainan daripada diheret ke mata dius menerusi kemenangan 21-19.


Selangor mengejutkan ATM harini apabila bangkit di set kedua. Dengan kekalahan ini peluang semakin cerah buat KL untuk menjuarai Liga Premier musim ini. #STL2020 #INIMILIKKITA

Posted by SepakTakraw League on Wednesday, December 23, 2020