STL: Selangor Pistons mudah dijinak Negeri Sembilan Antlers  

Oleh Shaiful Shamsudin 21 Disember 2020 441
STL: Selangor Pistons mudah dijinak Negeri Sembilan Antlers  
Negeri Sembilan Antlers meraih kemenangan kedua berturut-turut Liga Sepak Takraw (STL) apabila membenam Selangor Pistons itu diraih dengan straight set seperti ketika menewaskan Johor Tigris, semalam. 

Dengan menurunkan gandingan terbaik yang menyaksikan Syahmi Ikhwan Safaruddin mengisi posisi tekong, Zuleffendi Sumari pula sebagai apit kanan sementara Hafizul Hayazi Adnan sebagai perejam, Negeri Sembilan bermula baik dalam set pertama di Stadium Titiwangsa, petang tadi. 

Begitupun, Selangor yang diperkuatkan tonggak kebangsaan, Farhan Adam, masih mampu memberikan tentangan apabila berjaya memintas kedudukan mata Negeri Sembilan tetapi tidak kekal lama apabila tersungkur 17-21.

Negeri Sembilan terus garang dalam set kedua di sebalik pertukaran pemain tetapi keazaman mereka tetap membara.

Selangor sebaliknya terus lemas dengan kawalan gelanggang yang lemah. 

Kesempatan itu digunakan sebaik mungkin oleh Negeri Sembilan untuk mudah meraih kemenangan 21 -7.

 

Mengekalkan rentak kemenangan mereka, Negeri Sembilan menundukkan Selangor harini dalam dua set. #STL2020 #INIMILIKKITA

Posted by SepakTakraw League on Monday, December 21, 2020
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen