STL: Selangor gagal sekat keampuhan ATM 

Oleh Shaiful Shamsudin 2 Oktober 2020 467
STL: Selangor gagal sekat keampuhan ATM 
Pendatang baru, Selangor Pistons, tunduk kepada pasukan yang meleburkan rekod tanpa kalah Johor Tigris minggu lalu, ATM Guardians, dalam pertembungan Liga Sepak Takraw (STL) 2020 di Stadium Titiwangsa, hari ini. 

ATM terlebih dahulu mengawal gelanggang untuk mendahului 14-7. 

Selangor cuba bangkit dengan servis ace sebagaimana ketika menghadiahkan mereka mata ke-10 untuk kedudukan 10-15 tetap ATM masih mampu mengorak kemenangan 21-15. 

Kerancakan awal set kedua terjejas apabila pemain gantian Selangor, Hafiz Rahman, menanggung kecederaan sementara sentuhan tonggak utama, Farhan Adam dan Hafiz Rahman, mula ditagih. 

Saingan itu yang pada satu ketika menyaksikan Selangor cuba mencipta jurang, tetapi usaha itu masih gagal susulan ATM meneruskan pendahuluan 18-15 sebelum menamatkan aksi dengan memenangi challenge akibat bola didapati terkena tangan pemain lawan, sekali gus memberi mata kemenangan 21-19 buat mereka. 




Keputusan lain: 

Pahang Mammoth kk Perak Bison 21-16, 16-21, 12-21 

Penang Black Pathers mng Kelantan Warriors 21-16, 21-19 

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen