"Perak The Bos Gaurus menyasarkan juara Liga Perdana, Liga Sepaktakraw (STL) musim hadapan," demikian disuarakan oleh Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Setiausaha Kerajaan Negeri dalam majlis apresiasi meraikan kejayaan skuad itu menjuarai STL Divisyen 1 di Ipoh hari ini.

Menyentuh kembali kejohanan yang baru tamat ini, beliau berkata, "Beri komitmen, pengurusan akan bantu selebihnya kerana kejayaan mereka adalah untuk seluruh rakyat Perak".

Tambahnya lagi, skuad STL kali ini mencetus kembali kegemilangan sukan sepak takraw di Perak.

Turut hadir badan-badan terlibat dalam pembangunan sepak takraw dan pemain-pemain veteran Perak.

Dalam kejohanan STL Divisyen 1 lalu, Perak muncul juara sekaligus melayakkan mereka ke Liga Perdana musim hadapan.

Selain juara, Perak yang di bawah kendalian jurulatih, Ismi Hissan Ismail, turut merangkul piala 'fairplay', tekong dan 'killer' terbaik.