STL: Perak mara ke separuh akhir Divisyen 1

Oleh Staff Writer 11 Disember 2016 130
STL: Perak mara ke separuh akhir Divisyen 1

"Sukar tetapi rezeki menyebelahi kami. Muncul naib juara kumpulan amat mengejutkan tapi membanggakan," demikian ungkapan syukur jurulatih Perak, Ismi Hissan Ismail, setelah The Bos Gaurus  muncul naib juara kumpulan, sekaligus melangkah ke separuh akhir Divisyen 1, Liga Sepak Takraw (STL).

Kata Ismi, "Ini semua hasil kesungguhan pihak pengurusan dan pemain yang berjuang membawa nama negeri. Saya bangga dan hormat dengan mereka."

"Diimbau kembali, kali terakhir Perak cemerlang di pentas tanah air ialah apabila menjuarai Piala Emas Raja-Raja 12 tahun lalu. Harap kegemilangan ini dapat dibangkitkan kembali  oleh generasi muda dalam STL".

Namun, jurulatih Perak ini berharap pemainnya terus cemerlang di peringkat separuh akhir nanti.

"Bertemu Selangor, kami perlu berwaspada. Bila di peringkat kalah mati ini, apa-apa pun boleh terjadi.  

"Walaupun di peringkat kumpulan lalu kami tewaskan mereka, tapi saya pasti mereka (Selangor) mempunyai perancangan terbaik."

Perak hanya dipisahkan oleh jurang perbezaan mata dapat dan kena (MD) dan (MK) dengan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) A yang menjuarai Divisyen 1 apabila kedua-duanya mengumpul 18 mata.

Perak dijadual bertemu Selangor, Sabtu ini. 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen