STL: Perak mahu beri tentangan sengit dalam Divisyen 1

Oleh Staff Writer 10 November 2016 20
STL: Perak mahu beri tentangan sengit dalam Divisyen 1
The Bos Gaurus yakin dapat mempamerkan aksi terbaik menjelang Kejohanan
Liga Sepaktakraw (STL) Divisyen 1 di Stadium Tertutup Serdang Jaya (MPSJ),
Selangor, yang bermula Sabtu ini sehingga 11 Disember.
 
Menurut pengurus pasukan, Mohd Jafrey Mohd Zainol, segala persiapan telah dirangka dan berharap Perak dapat memberi saingan kepada 11 lagi pasukan yang bertanding.
 
"Ini kali pertama STL dipecahkan kepada dua divisyen dan saya berharap pemain
dapat menimba pengalaman.

"Jika ada rezeki, kami boleh mencipta sejarah untuk ke divisyen perdana musim depan," jelas Jafery.
 
Sementara itu, pengurus bersama, Syamsul Istar Ibrahim Istar, berharap warga Perak 
yang berkesempatan dapat hadir ke stadium untuk memberikan sokongan.
 
"Ia pasti akan meningkatkan lagi semangat mereka (pemain) untuk mempamerkan
aksi terbaik," katanya.
 
Dalam pada itu, jurulatih Perak, Ismi Hissan Ismail, juga yakin dengan kredibiliti pasukan kendaliannya.
 
"Pemain yang tersenarai semuanya berpengalaman di pentas sepak takraw Malaysia
seperti beraksi di GP Emas dan Piala Emas Khir Johari.
 
"Saya berharap mereka akan turut cemerlang dalam STL," jelas Ismi.
 
Pasukan Perak di bawah pengurusan Pejabat Setiausaha Negeri Perak (SUK), akan
membuka tirai menentang Perlis esok dan Selangor, lusa.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen