STL: Perak Bison intai kelebihan minggu kelima

Oleh Hairi Yahaya 26 Oktober 2017 131
STL: Perak Bison intai kelebihan minggu kelima
Jurulatih Perak Bison, Ismi Hissan Ismail, menggesa anak buahnya mempamerkan permainan berkualiti untuk terus kekal relevan sebagai pencabar dalam Liga Sepak Takraw (STL) di Stadium Tertutup Serdang Jaya (MPSJ), Selangor.

Bagi Ismi, ini adalah masa terbaik untuk terus mengutip mata dan menjarakkan kedudukan memandangkan STL akan berhenti rehat pada minggu hadapan bagi memberi laluan kepada Kejohanan Piala Dunia ISTAF, bulan depan.
  
"Perak kini terikat dengan Kelantan Warriors dan ATM Guardians dengan masing masing mengumpul empat kemenangan.  Kebetulan minggu ini ketiga-tiga pasukan ini akan berjumpa.

"Bagi saya, inilah peluang kepada pasukan untuk menjarakkan mata di samping menekan pasukan teratas liga," ujar Ismi.

Bagaimanpun, dia tetap melihat perkara itu bukan satu tugas mudah memandangkan Kelantan Warriors dan ATM Guardians berada di prestasi terbaik.

"Kelantan dan ATM sebelum ini membuat kejutan ke atas pasukan pilihan, Terengganu. Pastinya, moral mereka kini di tahap tertinggi.

"Kami pula tewas kepada Pulau Pinang walaupun menang ke atas Kuala Lumpur sebelum ini. 

"Saya jangkakan kami bakal disajikan dengan permainan berkualiti penuh debaran daripada ketiga-tiga pasukan ini," katanya lagi.

Tentang Penulis

Hairi Yahaya

Komen