STL: Perak Bison hilang khidmat Shohibul

Oleh Hairi Yahaya 12 Oktober 2017 1190
STL: Perak Bison hilang khidmat Shohibul
Kecederaan watak utama Perak Bison, Shohibul Fadillah Abd Salam, ketika aksi minggu kedua Liga Sepaktakraw (STL) di Stadium Tertutup Serdang Jaya (MPSJ), Selangor, memberi tamparan hebat kepada skuad kendalian Ismi Hissan Ismail itu.

Shohibul mengalami kecederaan ligamen pergelangan kaki tahap satu ketika menewaskan ATM Guardians dalam pertarungan sengit tiga set yang dimenangi Perak Bison 21-16, 18-21, 21-19.

Bagaimanapun, jurulatih berpengalaman itu tetap tenang dan yakin perubahan taktikal oleh kem kejurulatihan mampu mengimbangi kekosongan yang ditinggalkan pemain apit kirinya itu. 

"Adat permainan, kecederaan sukar dielakkan. Tidak dinafikan, percaturan agak terganggu disebabkan kecederaan Shohibul.

"Minggu ini, kami turun dengan pengganti. Perak Bison memiliki ramuan tersendiri untuk berdepan Johor Tigris esok dan Terengganu Turles pada Ahad," ujar Ismi.
 

Tentang Penulis

Hairi Yahaya

Komen