"Tiada rotan, akar pun jadi."

Kekurangan pemain pada saat akhir memaksa Terengganu Turtles menurunkan pembantu jurulatih, Mohd Hamikhairi Roslan.

Yang menariknya, Hamikhairi adalah abang kepada perejam, Fadzly Roslan, yang tiada dalam pasukan termasuk tekong, Zulkifli Abd Razak, untuk mengharungi perlawanan pertama Divisyen Satu, Liga Sepak Takraw (STL) di Stadium Titiwangsa, hari ini.

Tanpa berselindung, ia percaturan panik dibuat pasukan Pantai Timur itu setelah Fadzly dan Zulkifli gagal memunculkan diri untuk menentang MASUM UPM Knights.

Apatah lagi, ini merupakan perlawanan kompetitif pertama buat Hamirkhairi dalam tempoh 10 tahun untuk bergandingan dengan pemain muda sejak mengumumkan persaraan pada 2009.

Biarpun sebagai abang, Hamirkhairi sendiri secara peribadi tidak tahu punca mengapa Fadzly gagal memberikan komitmen kepada pasukan.

Terengganu yang telah turun ke Division 1 tahun ini teah dikecewakan oleh pasukan UPM tadi dalam perlawanan pembukaan STL2020. #STL2020 #INIMILIKKITA

Posted by SepakTakraw League on Tuesday, September 8, 2020

"Akibat beberapa masalah yang dihadapi, saya terpaksa bermain.

"Saya memang takut sebab sudah lama tidak beraksi kompetitif seperti ini walaupun tanpa penonton tetapi saya ambil situasi ini sebagai pengalaman," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Adam Zamri, hari ini.

Selain Hamirkhairi, Terengganu Turtles turut membariskan seorang tekong, Mudaamir Nazirul Farhan, untuk mengambil alih peranan Zulkifli.

Dengan keadaan pasukan itu bergolak, MASUM UPM Knights mengambil kesempatan untuk melakar kemenangan mudah 21-14, 21-11.

"Apabila dua pemain tidak dapat hadir, kami terpaksa harungi juga perlawanan dengan pemain yang ada.

"Tetapi mereka terjejas daripada segi mental dan motivasi sebab diberi tanggungjawab pada saat akhir.

"Ketiadaan kedua-dua pemain senior tersebut merencatkan program kami," kata ketua jurulatih Terengganu Turtles, Putra Abdul Ghani.

Keputusan lain:

PSM Mavericks mng Eagles 21-11, 21-8

Putrjaya Cyborg mng Bomba Fighters 21-10, 21-18

Melaka Titans mng Perlis Vipers 21-15, 21-12