Penganjuran Liga Sepak Takraw (STL) 2020 akan terus dimantapkan lagi dengan kehadiran empat org juri menjelang aksi minggu ketiga, bermula Jumaat ini.

Aksi di antara Selangor Pistons dan Johor Tigris hujung minggu lalu mengundang kontroversi berikutan beberapa keputusan pengadil yang didapati tidak tepat.

"Pengadil STL 2020 adalah bertaraf ASTAF dan ISTAF (Persekutuan Sepaktakraw Asia/Antarabangsa).

"Sempena minggu ketiga, empat orang lagi juri akan ditambah dan membentuk dua pasukan bagi mengelak berlaku kejadian sebaliknya," kata Ketua Seranta Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Wan Mohd Husni Abdullah, dalam rancangan PM bersama AM kelolaan Azlan Mubin di konti radio Astro Arena, hari ini.





Husni juga tidak berselindung dengan kelemahan pengadil mahu pun juri, justeru satu sesi penilaian ketepatan daripada segi 'challenge'.

Salah seorang pengadil, Mohd Zubir Shari, yang memasuki musim ketujuh dalam kancah STL tidak menolak elemen pengalaman mampu memainkan peranan besar untuk pengadil mengendalikan tugas dengan baik.

"Memandangkan tiada kejohanan sepanjang Mac hingga September akibat COVID-19, pengadil mungkin tidak sempat memastikan badan.

"STL merupakan satu pentas besar selain faktor kegugupan tapi kalau berpengalaman, mungkin tiada masalah," katanya pula.

Dalam situasi challenge, keputusan akan ditentukan pihak juri dan bukannya pengadil.

Beberapa langkah penambahbaikan terhadap kualiti pengadil telah diambil musim ini, antaranya meminta pengadil tidak menutup mikrofin ketika menjelaskan sesuatu kepada pasukan-pasukan.

"Biar peminat di telivisyen dan di dalam dewan boleh dengar penjelasan pengadil," kata Husni lagi.