PENANG BLACK PANTHERS 2 TERENGGANU TURTLES 1

Penang Black Panthers dipaksa bekerja keras dalam aksi ke-13 Liga Sepak Takraw (STL) sebelum merakamkan kemenangan 2-1 ke atas Terengganu Turtles, sebentar tadi.


Ini merupakan kemenangan ke-10 skuad Utara itu dalam saingan musim ini.

Selepas tewas dalam dua perlawanan sebelum ini, Black Panthers tidak mahu terlepas mata penting ketika berdepan Terengganu dan ternyata ia bukan satu tugas mudah.

Segalanya tampak sempurna buat Black Panthers pada permulaan permainan dengan Azlan Alias meyempurnakan tugasan dengan baik menerusi rejaman bertenaga untuk menang set
pertama 21-18.

Bersambung set kedua, kelibat tekong yang sebelum ini bersama Johor Tigris, Azman Hamid, menghadirkan masalah buat Black Panthers di samping kecemerlangan perejam, Putawan Sopa,
dan berjaya menyamakan kedudukan selepas menang 21-19.

Bagaimanapun, Terengganu seolah-olah hilang fokus, ditambah dengan kawalan gelanggang yang kurang sempurna untuk memudahkan Black Panthers menang 21-8.

Keputusan lain:

KELANTAN WARRIORS mn PDRM DEFENDERS 2-1 (13-21, 21-15, 21-10)
ATM GUARDIANS mn SABAH MOUNTAINEERS 2-0 (21-4, 21-9)