STL: Penang Black Panthers dominasi Pahang Mammoth 

Oleh Shaiful Shamsudin 21 Disember 2020 252
 STL: Penang Black Panthers dominasi Pahang Mammoth 
Penang Black Panthers, yang berada di tangga keenam Liga Sepak Takraw (STL) 2020, terus berusaha memperbaiki kedudukan ketika berdepan Pahang Mammoth di Stadium Titiwangsa sebelah, petang tadi. 

Penang dibarisi Zulhusni Basri, Zarif Marican  Ibrahim Marican dan Shahalril Aiman Halim menentang barisan Pahang yang diterajui Kamal Alfiza Shafie, Hafizzudin Baharuddin dan Fakhrul Razi Ismail.

Sebaik permainan bermula, Penang yang lebih banyak membuat serangan dan mendahului anak buah Mohd Hirman Omar.

Pahang cuba mempertajamkan permainan dan berjaya merapatkan kedudukan tetapi jurang yang dibuka lawan terlalu besar.

Di kedudukan 11-19, agak sukar untuk Pahang mengejar kedudukan dan akhirnya pencabar mereka, yang menamatkan saingan musim lalu di tempat keempat itu, menang set pertama 21-11.

Dalam set kedua, Penang meneruskan dominasi tetapi kali ni Pahang cuba mengelak daripada jurang besar di antara mereka dan hanya ketinggalan dua mata 3-5.

Bagaimanapun, tidak kira apa ikhtiar Pahang, Penang tetap berjaya mematahkan usaha mereka untuk kemenangan 21-12.


 

Persembahan mantap dari pemain muda Penang harini memastikan kemenangan dua set menewaskan Pahang. #STL2020 #INIMILIKKITA

Posted by SepakTakraw League on Monday, December 21, 2020

Dalam perlawanan malam ini, jaguh musim lalu, Perak Bison, terus terumbang ambing apabila mudah ditundukkan Kuala Lumpur Thunders, 17-21-14-21.





 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen