STL: Pahang belum mampu gugat KL Thunder

Oleh Shaiful Shamsudin 25 September 2020 1808
STL: Pahang belum mampu gugat KL Thunder
Di sebalik menang straight, Kuala Lumpur (KL) Thunder terpaksa memerah keringat ketika berdepan pendatang baru musim, Pahang Mammoth, dalam saingan kelas perdana Liga Sepak Takraw (STL) 2020 di Stadium Titingiwangsa, sebentar tadi. 

Sebelum perlawanan bermula, Pahang - di tangga ketujuh sementara tiada kejutan bagi di KL yang menguasai tangga teratas.

Salah seorang bintang KL, Syahir Rosdi, tidak diturunkan dalam barisan utama yang terdiri daripada Azlan Alias, Amirul Zazwan Amir dan Ahmad Aizat Mohd Nor Azmi manakala Pahang terdiri daripada Oskandar Zulkarnain Salim, Fedder Fakhrul Razi dan Kamal Alfiza.

Aksi sengit ditampilkan dalam perlawanan pembukaan minggu apabila terikat 13-13. 

Mungkin pengalaman memberi kelebihan kepada KL untuk mengutip mata demi mata bagi mencatat kemenangan 21-16 dalam set pertama.

Segalanya seakan memihak KL yang untuk mencatat kemenangan mudah dalam set berikutnya apabila mendahului dengan jurang besar, tetapi Pahang tidak duduk diam dan bangkit mengikat 19-19. 

Aksi menggigit jari itu akhirnya tamat memihak KL apabila Pahang tersilap langkah untuk KL sekali lagi unggul 21-19 dalam perlawanan ketiga musim ini.



 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen