STL: Kelantan Warriors mahu atasi musuh tradisi

Oleh Farizal Yusoff 26 Oktober 2018 703
STL: Kelantan Warriors mahu atasi musuh tradisi
Selepas mengalami minggu yang suram, Kelantan Warriors berazam bangkit mencipta kemenangan apabila turun menentang musuh tradisi, Terengganu Turtles, dalam aksi kelapan Liga Sepak Takraw (STL) di Gem in Mall, Cyberjaya, malam ini.

Kelantan Warriors yang tumpas straight set 2-0 kepada Selangor Pistons dan ATM Guardians minggu laluperlu bangkit mencari kemenangan jika tidak mahu terus ketinggalan dalam carta liga.

Ketua jurulatih Kelantan Warriors, Mohd Roslan Ismail, yakin pemainnya sudah melupakan minggu yang suram dan berjanji akan memberikan aksi terbaik untuk mengejutkan pasukan jiran Pantai Timur itu.

"Kami telah buat post-mortem dan kenal pasti kelemahan yang pemain lakukan sepanjang aksi minggu ketiga.

"Kami sedar ancaman Terengganu Turtles yang memiliki semangat juang yang tinggi.
Biarpun, mereka masih di bawah Kelantan Warriors (dalam carta liga), saya yakin pertemuan ini pasti sengit dan hebat.

"Kami mahu menebus kehampaan minggu lalu dan harap pemain akan memberikan yang terbaik untuk memungut mata penuh," katanya.

Ditanya mengenai kekuatan Terenganu Tutles, Rozlan menamakan tekong kebangsaan, Zulkifli Razak atau lebih dikenali Sobey mampu menjadi duri dalam daging jika variasi servis tidak mampu ditangani pemainnya.

"Dia (Sobey) sudah dua minggu tidak beraksi akibat kecederaan. Jika pulih dan Terengganu Tutles membuat keputusan untuk menurunkannya, kami perlu menguatkan sistem pertahanan dan perlu berada pada tahap terbaik untuk memungut mata penuh," katanya.

Untuk rekod, Kelantan Warriors berada di tangga kelima dengan enam mata hasil tiga kemenangan manakala Terengganu Turtles masih kekal dengan empat mata dan berada di tangga kelapan carta STL.

Tentang Penulis

Farizal Yusoff

Komen