Menjelang permulaan saingan perdana Liga Sepak Takraw (STL) 18 September ini, Johor Tigris menyasarkan dua tempat teratas liga musim ini.

Juara Piala Juara-Juara 2019 yakin dengan kemasukan Mohd Faisal Fuad dari pasukan Pulau Pinang, Johor sempat memberi tentangan sengit kepada KL Thunder, yang dijangka mendominasi saingan musim ini.

Bahang saingan STL semakin terasa dengan 10 pasukan yang bersaing dalam Liga Premier mendapat suntikan terbaik dengan rekaan jersi terbaru mereka.

Tumpuan pastinya kepada saingan kelompok atasan membabitkan Johor Tigris, ATM Guardian, KL Thunders dan Perak Bison.

Ini kerana rata-rata pasukan memperkuatkan barisan masing-masing dengan pemain baru.