STL: Ismi gembira percaturan taktikal menjadi

Oleh Azizan Hashim 14 Oktober 2019 903
STL: Ismi gembira percaturan taktikal menjadi

"Alhamdulillah. Percaturan Perak menjadi minggu ini apabila menang semua tiga perlawanan minggu kelima Liga Sepak Takraw (STL) 2019 di Gem In Mall, Cyberjaya."

Begitu kata ketua jurulatih Perak Bison, Ismi Hissan Ismail, sebaik skuad bimbingannya menumpaskan PDRM Defenders 2-0 dalam perlawanan ketiga mereka, sekali gus melonjak ke kedudukan kedua di belakang pendahulu, Penang Black Panthers.

Percaturannya menggantikan tekong, Meor Mohamad Zulfikar Mat Amin, dengan Nattawhut Naewprom di hujung set pertama mengubah nasib Bison apabila tekong dari Thailand itu menterbalikkan kedudukan bagi memihak kepada Perak untuk menang 22-20.

Trio Polis itu tidak mempunyai jawapan kepada keberkesanan servis drop Naewprom serta rejaman-rejaman Amirul Ramadhan dalam set kedua.

Menurut Ismi, dia menurunkan Meor Mohamad Zulfikar dan Fadzil Mustapha dalam set pertama sebelum membuat pertukaran terhadap mereka.

"Itulah percaturan taktikal namanya. Alhamdulillah ia berjaya," kata jurulatih itu yang memuji persembahan anak buahnya.

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen