STL: Fazil perejam utama The Bos Gaurus

Oleh Staff Writer 15 Disember 2016 60
STL: Fazil perejam utama The Bos Gaurus

"Pantang naik terus bunuh" ujar rakan sepasukan Fazil dalam skuad Liga Sepak Takraw (STL) The Bos Gaurus.

Itulah kelebihan Muhammad Fazil Mustapa, 'killer' Perak dalam aksi STL Divisyen 1 yang sedang berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Serdang Jaya, Selangor.

Anak kelahiran Felda Trolak Timur ini mula menyarung jersi negeri seawal umur 12 tahun dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).  

Kini, Fazil terus menempa nama apabila tersenarai dalam program 'Kita Juara' mewakili negara dalam Sukan SEA 2017.

"Semua pasukan kuat dan matang. Kita boleh lihat jumlah kutipan mata dalam kumpulan. Jaraknya tidak banyak berbeza. 

"Saya berharap dengan trio yang ada ini, Meor Mohd Zulfikar Mat Amin (tekong) dan Hafiz Zulkifli (apit kiri) pertembungan dengan Selangor di peringkat separuh akhir nanti menyebelahi kami," kata Fazil.
 
Pengurus pasukan, Mohd Jafrey Mohd Zainol, juga percaya dengan kredibiliti yang dipamerkan Fazil.

"Saya berbangga dengan dia (Fazil).  Tahun lalu, dia mewakili Pulau Pinang tetapi kini kembali ke pangkuan negeri setelah Perak terlibat dalam STL".

Ketika ditanya mengapa pulang ke pangkuan negeri, Fazil berkata, "Saya anak jati Perak dan percaya dengan pasukan dan pengurusan sekarang.  Pengurusan yang baik akan melahirkan ramai pemain berbakat".

Perak akan menentang Selangor pada Sabtu ini jam 4 petang untuk memburu slot ke perlawanan akhir.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen