SABAH MOUNTAINEERS 0 PENANG BLACK PANTHERS 2

Pendahulu Liga Sepak Takraw (STL) 2019, Penang Black Panthers, mengukuhkan cengkaman di puncak carta selepas meraih kemenangan kesembilan dengan menundukkan Sabah Mountaineers di Gem In Mall, Cyberjaya, sebentar tadi.


Black Panthers membuat sedikit perubahan dengan merehatkan Zaim Razali dengan memasukkan Zulhusni Basir selaku apit kiri dan mengekalkan Azlan Alias selaku perejam sementara Said Ezwan Said De bertindak selaku tekong.

Set pertama sudah jelas menceritakan bagaimana Mountaineers bergelut dengan asakan berterusan dari pasukan utara tanah air itu. Diketuai tekong berpengalaman Mohd Kahar, Sarip Sahari dan bekas pemain ATM Guardians, Khairuddin Adenan, mereka tewas 11-21.

Tidak banyak yang mampu dilakukan Sabah Mountaineers dalam set kedua apabila Black Panthers kekal dengan momentum berterusan untuk menang mudah 21-15.

Keputusan lain:

PDRM DEFENDERS 0 PERAK BISON 2