Percaturan di antara dua team tercorot Liga Sepak Takraw (STL) menyaksikan aksi sengit ditampilkan dalam aksi kedua di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi.

Penang Black Panthers beberapa kali bangkit untuk mengikat kedudukan PDRM Defenders termasuk di kedudukan 18-18 memandangkan masing-masing memburu kemenangan pertama dalam divisyen perdana.

Kesilapan PDRM dalam mata akhir menjadi titik tolak kepada lawan untuk memenangi set pertama.

Black Panthers terus tampil garang untuk mendahului 8-3 dalam set kedua lalu memaksa PDRM meminta time out bagi merombak taktik.



Namun, tiada perubahan ditampilkan selepas itu, sebaliknya anak buah Ahmad Sufian Napiah berkenaan dengan segera menggandakan kelebihan kepada 15-6.

Kesilapan PDRM turut tidak membantu mereka dalam misi mengejar kedudukan.

Walaupun berjaya mengumpul 11 mata dan mengakhiri perlawanan dengan dua rejaman lebih baik daripada Black Panthers tetapi juara tiga edisi STL itu masih ampuh untuk disekat PDRM.

Keputusan lain:

ATM Guardians mng Negeri Sembilan Antlers 18-21, 21-14, 21-15

Pahang Mammoth kk Kelantan Warriors 18-21, 19-21

Perak Bison kk KL Thunder 13-21, 17-21