STL: Bison dapat tonik sebelum jumpa Guardians

Oleh Azizan Hashim 25 Oktober 2019 945
STL: Bison dapat tonik sebelum jumpa Guardians
Perak Bison mendapat suntikan semangat menjelang pertemuan dengan ATM Guardians dalam saingan Liga Sepak Takraw (STL) 2019 di Stadium Indera Mulia, Ipoh malam esok.

Anak buah Ismi Hissan Ismail itu jelas mendapat latihan berguna ketika menundukkan Sabah Mountaineers 2-0 sebentar tadi.

Seperti dijangka, trio tuan rumah yang terdiri daripada Meor Zulfikar Mat Amin, Azwan Muhrim dan Fadzil Mustapa, mudah mengatasi lawan itu 21-15, 21-17 dalam masa 41 minit.

Trio yang direhatkan minggu lalu itu mempamerkan aksi bertenaga dalam perlawanan yang disaksikan di stadium yang penuh itu berikutan tiket habis terjual.

Mountaineers menurunkan tekong Thailand, Wiraphong Phukoet, yang diapit Sarip Sahari Musiri (pengumpan) dan Khairyddin Adenan (perejam).

Walaupun Wiraphong melakukan beberapa servis kencang, ia tidak cukup untuk menyekat trio tuan rumah itu daripada merekodkan kemenangan ke-14 untuk terus mencabar juara bertahan, Penang Black Panthers, di tangga teratas.

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen