STL: Bintang Amirul makin menyinar 

Oleh Hairi Yahaya 6 Oktober 2017 1271
STL: Bintang Amirul makin menyinar 
Baru mencecah umur 17 tahun, Amirul Ramadhan Fazillah Suhaimi sudah menjadi permata berharga Perak Bison dalam saingan Liga Sepak Takraw (STL) yang sedang berlangsung di Majlis Perbandaran Serdang Jaya Selangor.

Bagi anak muda kelahiran Selama, Perak ini, dia yakin dengan kemampuannya sekalipun terpaksa bersaing merebut tempat dalam skuad utama dengan rakan senior.

"Saya anggap mereka mentor. Tidak dinafikan tunjuk ajar mereka juga membuat saya lebih matang dalam permainan.

"Kini saya lebih bersedia untuk bersaing merebut tempat kerana saya tidak mahu mempersiakan peluang yang diberikan," ujarnya.

Amirul sudah mula mewakili negeri seawal usia 11 tahun dan turut berada dalam skuad kebangsaan dalam Kejohanan Sekolah-Sekolah Asean yang memenangi gangsa acara berpasukan tahun ini.

Jurulatih Perak Bison, Ismi Hissan Ismail, turut melihat potensi yang ada dalam diri Amirul.

"Walaupun usianya masih muda, aksinya tetap menyakinkan. Tidak mustahil dia mampu berdiri megah mewakili skuad senior negara satu hari nanti,", ujar Ismi.

Tentang Penulis

Hairi Yahaya

Komen