STL: ATM Guardians terlalu handal buat Perak Bison

Oleh Shaiful Shamsudin 15 Disember 2020 263
 STL: ATM Guardians terlalu handal buat Perak Bison
Perebutan tempat ketiga Liga Sepak Takraw (STL) di antara ATM Guardians dengan Perak Bison berlangsung sengit di Stadium Titiwangsa petang tadi. 

Seperti dijangkakan, ATM menguasai set pertama dengan cukup selesa.

Dibarisi Hairul Azizi sebagai tekong sementara Norfaizzul Razak di bahagian apit kiri dan perejam, Afifuddin Razali, mendahului set pertama 7-1.

Perak cuba mengurangkan jurang kepada lima mata namun gandingan yang diterajui Meor Zulfikar Mat Amin, Fadzil Mustapa dan Asyraaf Hadi itu gagal memberi cabaran kepada lawan mereka yang tidak memberi ruang kebangkitan dengan kemenangan 21-11.

Set kedua pula menyaksikan ATM menyambung serangan mereka dengan 20 libasan berbanding tujuh oleh Perak untuk merekodkan kejayaan keenam STL menerusi kemenangan 21-11. 

 

Perak Bison gagal memberi saingan kepada ATM Harini apabila tewas dalam perlawanan dua set sahaja. Ini adalah kekalahan kelima daripada 8 perlawanan buat Perak. #STL2020 #INIMILIKKITA

Posted by SepakTakraw League on Tuesday, December 15, 2020
 


Keputusan lain: 

Johor Tigris kk Penang Black Panthers 11-21, 11-21

PDRM Defenders kk Selangor Pistons 13-21, 19-21

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen