STL 2016: Kemenangan awal yakinkan Perak

Oleh Ammar Hakim 16 November 2016 11
STL 2016: Kemenangan awal yakinkan Perak

Trio muda Perak, Meor Mohd Zulfikar Mat Amin (tekong), Hafiz Zulkifli (apit kiri) dan Fadzil Mustapha (apit kanan) terus yakin untuk melakukan aksi memukau dalam  Liga Sepaktakraw (STL) Divisyen 1 di Stadium Tertutup Serdang Jaya (MPSJ) Selangor.

The Bos Gaurus melakar kemenangan keatas Perlis 2- 0 sebelum membenam pasukan pilihan Selangor 2-1 dalam pertemuan awal minggu lalu.

Menurut pengurus pasukan Syamsul Istar Ibrahim Istar, pasukan Perak kali ini dibarisi pemain muda dan persembahan mereka tidak mengecewakan malah telah melakukan kejutan dalam kejohanan ini.

Nasihat Syamsul "jangan sesekali selesa kerana negeri lain pasti berwaspada dan melakukan apa yang patut untuk menang jika bertemu Perak.

Lagipun perjalanan masih jauh.  Tumpukan satu permainan dalam satu masa", ujarnya lagi.

Perak kini dikedudukan ke 4 dalam Liga STL Divisyen 1.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen