Skuad sepak takraw Terengganu asah taring di Bangkok

Oleh Tengku Danish Bahri 9 Disember 2017 1574
Skuad sepak takraw Terengganu asah taring di Bangkok
Dua belas pemain sepak takraw Terengganu dihantar ke Bangkok, Thailand, sebagai rangka persiapan memperkemaskan barisan pemain menjelang Sukan Malaysia (Sukma) 2018.

Skuad elit bimbingan Mohd Futra Abd Ghani itu akan berada di sana selama sebulan bagi menyertai sekurang-kurangnya empat kejohanan.

Mohd Futra ketika dihubungi berkata, turut diatur ialah aksi persahabatan bertemu skuad kebangsaan India dan Laos selain latihan intensif bersama kelab BTU yang beraksi dalam Liga Thailand.

Menurut legenda negara itu lagi, pengalaman menimba ilmu berdepan pasukan lebih senior di Thailand diharap dapat meningkatkan prestasi pemain-pemainnya.

“Barisan pemain termasuk dua orang yang berumur 17 tahun sudah berada di sana sejak minggu lalu diiringi jurulatih, Vitaya Boonta.

“Sekembalinya dari Thailand, saya akan memilih skuad terbaik daripada senarai 30 pemain untuk memburu pingat emas Sukma 2018 di Perak,” ujarnya.
 

Tentang Penulis

Tengku Danish Bahri

Komen