Skuad sepak takraw negara akur jika dikenakan tindakan

Oleh Staff Writer 30 Oktober 2016 4
Skuad sepak takraw negara akur jika dikenakan tindakan

"Kami akur jika ISTAF ambil tindakan," itu luahan dua pemain sepaktakraw negara, Mohd Syahir Rosdi dan Azlan Alias berhubung penggantungan yang bakal dibuat Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) terhadap pemain negara susulan isu memboikot aksi final Piala Raja Thai lalu.

Skuad negara bertindak memulaukan perlawanan akhir regu kedua di Kejohanan Piala raja Thailand minggu lalu kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pengadil dari Vietnam bakal dikenakan tindakan penggantungan oleh pihak ISTAF.

Menyifatkan ia satu perbuatan yang munasabah oleh pasukan Malaysia ketika itu, Syahir Rosdi, selaku tekong bagaimanapun akur jika digantung dan percaya Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dapat menyelesaikan isu ini sebaik mungkin.

"Saya sebagai pemain hanya mengikut arahan pihak atasan, jadi jika ISTAF mengenakan tindakan kepada pasukan Malaysia, kami terpaksa akur kerana selaku pemain kami tidak mampu berbuat apa-apa.

"Saya harap PSM akan berbincang denga ISTAF," katanya.

Sementara itu, bagi Azlan Alias, meskipun dia terima jika diambil tindakan, namun tetap berharap ISTAF mempertimbangkan semula hukuman yang bakal dibuat kerana apa yang dilakukan oleh pengadil sewaktu perlawanan itu adalah tidak wajar menyebabkan mereka terpaksa boikot aksi final regu kedua itu.

"Memang kami tidak patut main kerana disebabkan apa yang menimpa regu pertama membuatkan moral regu kedua jatuh.

"Semua ini keputusan daripada Datuk, apabila Datuk kata jangan bermain jadi kami bermain untuk set kedua," jelasnya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen