Sifat kekeluargaan kunci kekuatan ATM Guardians

Oleh Ammar Hakim 7 Januari 2021 656
Sifat kekeluargaan kunci kekuatan ATM Guardians
'Dalam gelanggang kita keluarga', itu ramuan rahsia ATM Guardians bagi menghadapi saingan Piala Juara-Juara STL yang bakal membuka tirai 10 Januari ini di Johor Bahru.

Tekong ATM, Hairul Hazizi, melaungkan keyakinan pasukannya bakal bertemu Negeri Sembilan Antlers untuk perlawanan pertama.

"Bagi semua pasukan memiliki tahap, pengalaman yang sama. Namun apa yang saya kongikan adalah sifat kekeluargaan dimiliki dalam pasukan ATM," kata Hairul.

"Dalam gelanggang, kami adalah keluarga. Setiap pemain sentiasa memberikan sokongan kepada antara satu sama lain."

ATM bakal berentap dengan Negeri Sembilan bagi perlawanan pertama saingan Kumpulan Bmereka diikuti perlawanan menentang Kelantan Warriors dan Penang Black Panthers.

Mereka bakal bertolak ke Johor esok dengan harapan dapat membuat persiapan awal dan rehat yang cukup untuk perlawanan pertama mereka.

ATM turut sempat memberi reaksi mereka terhadap status pasukan pilihan netizen untuk menjuarai Kumpulan B dan mara ke separuh akhir.

"Saya berharap ia akan menjadi kenyataan, kami akan terus membuktikan permainan yang terbaik dan menghasilkan keputusan yang terbaik dalam saingan Piala Juara-Juara nanti," kata Hairul lagi.

Bagi jurulatih ATM, Aswadi Abdullah, dia berkata, "Keserasian dalam regu utama ATM menyaksikan mereka mampu untuk memberikan tentangan kepada mana-mana pasukan di Malaysia."
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen