Saya terperanjat dengan kenyataan Datuk Halim -- Datuk Ahmad

Oleh Staff Writer 30 Oktober 2016 9
Saya terperanjat dengan kenyataan Datuk Halim -- Datuk Ahmad

Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Ahmad Ismail enggan mengulas lanjut berhubung kenyataan Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader mengenai tindakan yang bakal diambil oleh pihaknya.

Bahkan, Ahmad Ismail harap perkara itu dapat diselesaikan secara baik bersama pihak ISTAF kerana memberi jaminan badan induk dunia itu akan mendapat penjelasan sewajarnya daripada PSM sebaik sahaja beliau pulang dari luar negara dua minggu lagi.

Apa yang pasti, isu sedemikian berlaku atas alasan yang munasabah.

"Saya terperanjat dengan saudara Halim yang membuat kenyataan akhbar sedemikian rupa sedangkan saya sendiri sejak hari kejadian diburu oleh beberapa pemberita namun saya enggan membuat kenyataan akbar.

"Saya mengambil kira semangat kekeluargaan ISTAF jadi saya enggan perkara ini dipanjangkan.

"Saya yakin dengan kepimpinan dan profesionalisme ISTAF jadi lebih baik selesaikan perkara ini bersama mereka," jelasnya.

Isu ini bermula apabila skuad negara merasakan keputusan pengadil pada aksi final acara berpasukan adalah berat sebelah dan menyebabkan regu pertama negara tewas kepada Thailand.

Sebagai tanda protes, regu kedua negara enggan meneruskan aksi final, malah bertindak memulangkan pingat dan piala yang dimenangi.

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen