Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail, memberikan bayangan saingan Piala Juara-Juara STL bakal disambung selepas pembentangan komprehensif kepada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Belia Sukan (KBS).

Tahap keselamatan yang dipertingkatkan antara perkara yang diusulkan oleh pihak PSM bagi memastikan penganjuran saingan Piala Juara-Juara STL dapat disambung.

"Saya perlu memberikan masa kepada setiap pasukan bagi mendapatkan semula rentak dan keserasian selepas lampu hijau saingan dapat disambung," katanya.

"Sekurang-kurangnya empat hingga lima hari dan jika pengumuman dapat dilakukan dengan lebih cepat, kami boleh mengatur setiap perancangan yang telah ditetapkan."