Piala Juara-Juara STL: Permulaan terbaik Perak Bison

Oleh Azizan Hashim 22 Disember 2019 577
Piala Juara-Juara STL: Permulaan terbaik Perak Bison
Impian Perak Bison membuat permulaan baik dalam kempen Piala Juara-Juara, Liga  Sepak Takraw (STL) 2019 tercapai apabila menumpaskan Singapore Lions 2-0 di Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru hari ini. 

Penyesuaian baik gelanggang adalah faktor kemenangan 21-8, 21-10 anak buah Ismi Hissan Ismail dalam penampilan sulung mereka dalam Kumpulan A itu. 

"Alhamdulillah pemain cepat dapat menyesuaikan diri dengan gelanggang, lantaran itu mampu bertindak cemerlang," katanya. 

Menurut Ismi, dia menurunkan kelima-lima pemain dalam usaha memberi peluang kepada mereka beraksi. 

"Saya bermula dengan Meor (Mohamad Zulfikar Mat Amin) selaku tekong, Azwan (Muhrim) pengumpan dan Fadhil (Mustapa) perejam. 

"Set kedua saya masukkan Nattawhut (Naewprom) dan Amirul Ramadhan (Fazillah Suhaimi). 

"Saya gembira dengan aksi mereka dan berharap mereka terus fokus dalam perlawanan seterusnya," ujarnya. 

Perlawanan kedua Perak ialah bertemu Kelantan Warriors malam esok dan Ismi mengingatkan anak buahnya tentang kemampuan pasukan negeri Cik Siti Wan Kembang itu. 

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen