Piala Juara-Juara STL: Perkahwinan pacu karier Noraizat 

Oleh Shaiful Shamsudin 14 Februari 2021 2237
Piala Juara-Juara STL: Perkahwinan pacu karier Noraizat 
Pelibas Johor Tigris, Noraizat Nordin, menganggap perkahwinannya bersama gadis pilihan, Alia, akan menyemarakkan kariernya walaupun ia bukan lagi keutamaannya dalam hidupnya.

"Saya sangat bersyukur dapat bersama dengan isteri.

"Ini detik yang sangat menggembirakan dalam seumur hidup saya.

"Peranan (hidup) saya (akan menjadi) lebih besar lagi.

"Sekarang sudah berdua jadi saya kena lebih banyak buat kerja sebagai suami," katanya yang menyifatkan isterinya seorang yang manja dan gila-gila sepertinya.

 

Ucapan Selamat pengantin baru dari pengurusan dan pemain JOHOR TIGRIS

Posted by Persatuan Sepaktakraw Johor on Friday, February 12, 2021


Oktober tahun lalu, Noraizat ditimpa nahas jalan raya ketika pulang dari sesi latihan di Johor hingga terpaksa dijahit di bahagian lutut dan tangan. 

Menurutnya lagi: "Karier akan tetap diteruskan tapi kini ia jatuh nombor dua, isteri pula nombor satu.

"Semangat saya makin tinggi untuk beraksi."

Saingan Kejohanan Piala Juara-Juara Liga Sepak Takraw Malaysia (STL) 2020 akan bersambung 2 hingga 6 Mac depan sesudah tertangguh sejak 12 Januari lalu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Baki saingan akan diadakan dengan format gelembung sukan di Iskandar Studio, Johor Bahru.

Johor Tigris menundukkan juara Divisyen 1, Putrajaya Cyborgs, 2-1 dalam kempen Kumpulan A yang turut dihuni juara saingan Perdana,  Kuala Lumpur Thunder, disusuli Bomba Fighters.

Momentum itu diharap dapat diteruskan pemain berusia 22 tahun btersebut walaupun berdepan kekangan latihan berpasukan.

"Saya dalam kem Malaysia jadi tiada masalah sementara rakan-rakan di Johor Tigris pula ikuti program latihan individu."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen