Negeri Sembilan Antlers tidak berdepan masalah untuk memastikan mereka menamatkan saingan di tempat ketiga hasil kejayaan menundukkan Kelantan Warriors dalam saingan Piala Juara-Juara Liga Sepak Takraw menerusi keputusan 2-0, petang tadi.

Selepas kecewa dalam saingan separuh akhir, Negeri Sembilan Antlers terpaksa akur merebut tempat ketiga dan keempat bertemu Kelantan Warriors.

Mudah buat Negeri Sembilan dengan Kelantan kelihatan tercari-cari rentak permainan pada awalnya sebelum bangkit mengejar permainan.

Bagaimanapun, Negeri Sembilan kekal fokus dalam misi meraih mata demi mata dalam set pertama untuk memastikan kemenangan 21-17.

Kelantan berusaha untuk melakukan kebangkitan, namun keampuhan Negeri Sembilan meleburkan peluang mereka sebelum tumpas 21-8.