Piala Juara-Juara STL: Awas kebangkitan Kelantan Warriors 

Oleh Azizan Hashim 23 Disember 2019 610
Piala Juara-Juara STL: Awas kebangkitan Kelantan Warriors 
"Awasi kebangkitan lawan," itu peringatan ketua jurulatih Perak Bison, Ismi Hissan Ismail, menjelang pertemuan dengan Kelantan Warriors dalam Piala Juara-Juara STL di Studio Iskandar Malaysia, Johor Bahru malam ini. 

Beliau memberi peringatan itu berikutan kekalahan Kelantan Warriors kepada Negeri Sembilan Antlers dalam perlawanan pertama malam tadi. 

"Warriors pasti turun dengan azam menebus kekalahan dalam perlawanan pembukaan mereka itu. 

"Justeru, kami tidak boleh bersikap terlalu yakin dan sambil lewa dalam pertemuan ini," katanya. 

Walaupun Bison memenangi perlawanan pertamanya malam tadi, Ismi berharap anak buahnya tidak hilang tumpuan dalam perlawanan kedua mereka itu. 

"Saya berharap pemain kekal berpijak di bumi nyata walaupun menang selesa dalam perlawanan pembukaan. 

"Perjalanan kami baru bermula. Masih banyak laluan berliku harus ditempuhi. 

"Oleh yang demikian, pemain perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap setiap perlawanan. 

"Jangan pandang mudah mana-mana pencabar," tambahnya. 

Justeru, Ismi menuntut aksi bertenaga daripada setiap anak buahnya bagi memastikan kemenangan menjadi milik mereka. 

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen