Piala Juara-Juara STL: Atasi Bomba Fighters, Johor Tigris mara ke separuh akhir

Oleh Ammar Hakim 3 Mac 2021 595
Piala Juara-Juara STL: Atasi Bomba Fighters, Johor Tigris mara ke separuh akhir
Johor Tigris memastikan kedudukan mereka Kumpulan A saingan Piala Juara-Juara STL tidak terjejas selepas merakamkan kemenangan ke atas Bomba Fighters, sebentar tadi di Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru.

 Faisal Fuad, Noraizat Nordin dan Wafin Iskandar turun selaku trio utama Johor berdepan Bomba. 

Aksi kurang cemerlang dalam set pertama menyaksikan Bomba memimpin perlawanan dengan selesa di hadapan sebelum pertukaran yang dilakukan oleh Johor, membawa masuk pemain berpengalaman, Muqlis Borhan.

Ternyata percaturan itu berhasil apabila memastikan kemenangan 23-21.

Bomba berusaha untuk menghasilkan kebangkit dalam set kedua, namun faktor pengalaman serta kecergasan dalam gelanggang menjadi pemisah antara mereka apabila Johor yang memperkemaskan permainan menang set kedua 21-13.

Kemenangan mereka membenarkan mereka memenangi saingan bagi Kumpulan A sementara KL Thunder di tempat kedua.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen